Assalamu 'alaikum,
Kepada pengamal-pengamal vitamin! Cuba lihat balik cara kita amalkan vitamin. Mungkin cara kita salah, itu sebab kita tak mendapat hasil seperti orang lain. Lain padang lain belalang, apatah lagi kita ni manusia. Lain badan, lain kondisi.
Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin
yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau
supplement mereka. Mengapa? Adakah disebabkan oleh beberapa faktor ini:(mungkinkah kita tergolong satu darinya):
1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.
2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini
meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang
suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu
kita akan kurang minum air. Maka, cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda
mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara
mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak
terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.
3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah
kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin
kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap
vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda
mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau
malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan
petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.
4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang
sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara
berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita
tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan
vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.
5. Pantang larang makan vitamin
5. Pantang larang makan vitamin
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat
besi tidak boleh diambil bersama susu? Ini kerana ia akan mengganggu
penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil
bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh
badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan
Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko
keguguran di awal kehamilan.
TIPS UNTUK IBU MENYUSU
Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!
TIPS UNTUK IBU MENYUSU
Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!
Kredit kepada http://anakkuwiraku.blogspot.com
Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan konsultansi percuma, hubungi saya: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com