Tuesday, October 18, 2011

POST PEMBUKA - KENAPA SAYA SUKA PRODUK SHAKLEE?

Assalamu 'alaikum,

Selamat datang ke Shaklee Putrajaya.  (jangan salah faham yer... bukan Shaklee Cawangan Putrajaya, tapi beroperasi dari Putrajaya.  He he he...) Bagi post pembuka ni, tak banyak yang saya nak kongsikan kepada pembaca serta pelanggan yang saya hormati.  Saya berbesar hati untuk kongsikan segala info yang boleh saya kongsikan berkenaan produk-produk Shaklee hari demi hari, minggu demi minggu.    Apa yang boleh saya katakan, saya masih baru dalam dunia blogging ni.  Tapi dengan produk Shaklee dah hampir 2 tahun.  Secara peribadi, saya berpuas hati dengan produk ini.  Sebab itulah saya mahu war-warkan kepada semua tentang kebaikan produk Shaklee ini.

Kenapa saya suka Produk Shaklee?

Antara sebabnya:
  1. Ianya produk hijau - beerti selamat dan semulajadi (bukan sintetik tau....); 
  2. Produk-produknya juga dijaga dari tahap penghasilan sehingga pembungkusan.  Pembungkusannya adalah BPA @ Biophesphenol A free .  (Itu yang saya suka sangat tu);
  3. Baik untuk kesihatan menyeluruh;
  4. Dari segi harga pulak, jangan risau... Pemerhatian yang telah dibuat menunjukkan harga produk Shaklee adalah di tahap pertengahan dibandingkan antara jenama-jenama lain di pasaran.  (Ini pun lagi saya suka!!! He3....);
  5. Rangkaian produk Shaklee (yang untuk dimakan) dicipta khas untuk membantu mengekalkan berat badan ideal dan membekalkan khasiat-khasiat penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita demi menikmati kehidupan lebih sihat dan dapat bertahan lama;
  6. Produk kecantikan Shaklee berkhasiat dan bahan solekan berasaskan bahan-bahan mineral semulajadi turut disediakan bagi menyerlahkan penampilan kita supaya sihat dan canti; dan
  7. Bahan Pencuci Shaklee tidak bertoksik dan selamat untuk keluarga yang kita sayangi dan bumi kita juga, supaya kita dapat hidup bahagia bersama keluarga yang sihat dan bumi yang sihat!!!
Jadi, mengapa tidak beralih kepada Shaklee, saya telah merasai perbezaan ketara dengan Shaklee?  Anda bagaimana?

Okay... hanya itu buat masa ini... Saya akan sambung nanti!!! Tunggu!!!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...