Tuesday, January 3, 2012

Lelaki & Wanita Mahu Subur?


Assalamu 'alaikum,

Apa khabar anda?  Saya, syukur... kesihatan masih baik dengan Rahmat Allah.  Topik kali ini, saya nak kongsikan berkenaan kesuburan lelaki dan wanita.  Saya ini, bukanlah orang yang pakar dalam hal-hal kesuburan baik lelaki mahupun wanita.   Cuma apa yang saya boleh berkongsi di sini,  antara penglaaman kawan-kawan dan kawan punya kawan, vitamin-vitamin yang boleh membantu meningkatkan kesuburan kedua-dua pihak!


Wanita
Lelaki
Energizing Soy Protein 
(Untuk elokkan sel tubuh badan serta boleh melancarkan peredaran darah)
Energizing Soy Protein 
(Untuk elokkan sel tubuh badan serta boleh melancarkan peredaran darah)

Vitalea
(untuk sumber lengkap vitamin dan mineral bagi menjamin kesihatan)
Vitalea
(untuk sumber lengkap vitamin dan mineral bagi menjamin kesihatan)

B-Complex
(kurangkan tekanan).  
Maklumat Lanjut:  Klik sini!

B-Complex
(kurangkan tekanan).  


Sustained Release Vitamin C
(ketahanan terhadap jangkitan penyakit serta kulit cantik malah membentuk kolagen penting)
Sustained Release Vitamin C
(ketahanan terhadap jangkitan penyakit serta kulit cantik)

Alfalfa
(kesihatan wanita, kurangkan keputihan - hanya pilihan terutama yang sakit bila bersama)
Vitamin E
(kesihatan jantung)
GLA
(jika senggugut atau haid tidak tetap.  Juga baik untuk kecantikan kulit)

Zinc
(melindungi prostat)

Bagi pesakit yang thalasemia tak perlu ambil vitalea.

Apa pun , kita hanya merancang dan usaha, serahkan pada Tuhan Yang Satu.  Ada juga yang tidak mampu mengandung, hanya kerana kedudukan rahim yang sendeng atau jua tinggi.  Biasanya, ini boleh dibantu dengan perawatan tradisi.

Selamat Berusaha & Mencuba.

Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan konsultansi percuma, hubungi saya: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

Monday, December 19, 2011

Salah Cara Ambil Vitamin

Assalamu 'alaikum,

Kepada pengamal-pengamal vitamin!  Cuba lihat balik cara kita amalkan vitamin.  Mungkin cara kita salah, itu sebab kita tak mendapat hasil seperti orang lain.  Lain padang lain belalang, apatah lagi kita ni manusia.  Lain badan, lain kondisi.  

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka.  Mengapa?  Adakah disebabkan oleh beberapa faktor ini:(mungkinkah kita tergolong satu darinya):


1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa.  Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.   Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.


2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air.  Maka, cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa.  Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.


3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.


4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini.  Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.


5. Pantang larang makan vitamin

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.  Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.


TIPS UNTUK IBU MENYUSU

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli! 


Kredit kepada http://anakkuwiraku.blogspot.com


Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan konsultansi percuma, hubungi saya: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

Monday, December 12, 2011

Awas!!! Diet Yang Salah!!!


Assalamu 'alaikum,


Apa khabar rakan blogger, pelayar web, pencari maklumat dan semua?  Saya sihat, syukur ke hadrat Ilahi.  Amin...  


Kali ini saya terpanggil untuk berkongsikan tentang diet.  Ramai antara kita suka nak berdiet sebab tujuan utama nak kuruskan badan?  Betul tak?  Ini termasuklah suami saya yang saya gelar "encik hubby huggable".  Ha3... 


Berikut saya senaraikan sedikit berkenaan diet yang salah ini:

1.    Kurang Kalori!!!

Anda sememangnya telah mengamalkan diet yang salah sekiranya anda mengurangkan jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh badan daripada yang sepatutnya.  Bila badan kita kurang kalori dari yang sepatutnya, metabolisma kita akan menjadi perlahan, tubuh pula bergantung kepada jumlah kalori yang kita ambil kerana badan kita memerlukan kalori yang cukup bagi memastikan sistem badan berjalan lancar.  Dengan mengurangkan kalori, sebenarnya kita memaksa tubuh kita berlapar.  Sekiranya kita mengambil kalori dengan mencukupi, metabolisma kita normal dan ini akan membantu tubuh dalam proses membakar kalori.  Awas, kita akan berpotensi mengalami penyusutan jisim tulang dan hiportemia sekiranya kita terus-terusan mengurangkan kalori kita!
  
2.    Pil Diet!!!

Pil diet adalah jalan pintas untuk kurus.  Dengan mengambil pil diet, kita boleh tahan lapar dan jadi tidak berselera selama tiga hingga empat hari.  Pil diet boleh beri kesan buruk jangka panjang.  Sistem badan terganggu dek kerana tak selera makan selama berhari-hari.  Malah ada yang menemui ajal kerana serangan jantung oleh sebab pengambilan pil diet ini.
  
3.    Fad Diet!!!

Fad diet adalah diet dengan cara meninggalkan kumpulan makanan tertentu.  Contohnya mengambil protein dan meninggalkan karbohidrat.  Eh! Mana boleh, diet seimbang harian sudah tentu memerlukan protein, karbohidrat dan lain-lain.  Malah, kita sebenarnya memerlukan lebih 40 jenis zat makanan daripada jenis vitamin, zat galian, asid amino (protein), asid lemak dan kalori untuk tenaga.  Kita juga patut tahu bahawa tidak ada satu makanan pun yang lengkap dengan kesemua zat yang kita perlukan.  Kalau nak diikutkan kita digalakkan mengambil 30 jenis makanan seminggu untuk zat yang betul-betul mencukupi. 

Kumpulan Makanan
Remaja
Dewasa
Wargatua
Karbohidrat 
(Nasi dan pilihan)
5 – 6 Hidangan

4 – 6 Hidangan
3 – 4 Hidangan
Protin
(Ikan dan pilihan)
5 – 6 Hidangan

4 – 5 Hidangan
4 – 5 Hidangan
Vitamin dan Zat Galian
3 – 4 Hidangan
3 – 4 Hidangan
3 – 4 Hidangan











Ha!!! Disinilah peranan makanan tambahan ataupun vitamin untuk menampung keperluan tubuh badan yang kita tidakkan tadi.   Jadi janganlah diet secara salah, dietlah secara seimbang.  

Anda juga perlu tahu bahawa, bahawa semua golongan memerlukan diet seimbang, tetapi diet ini harus berbeza mengikut keperluan tubuh badan (saiz, umur, jantina, tahap aktiviti fizikal dan keadaan kesihatan).  Bagi mereka yang mengalami obesiti (BMI - Body Mass Index, yang lebih dari sepatutnya) perlu mengamalkan diet penurunan berat badan.   Tetapi jika BMI anda adalah normal dan anda hanya mahu merampingkan perut, anda seharusnya tetap diet seimbang disertai dengan melakukan aktiviti khusus untuk merampingkan perut!  

Ketahuilah bahawa diet sesuai dan seimbang memerlukan semua jenis nutrien dan tidak memberikan kesan negatif ke atas diri sendiri.  Sifirnya mudah:  
  • Kalori tinggi, ambil sedikit, kalori rendah, ambil dengan kerap.
  • Pelbagaikan makanan sihat kerana tiada satupun makanan yang membekalkan semua zat yang diperlukan oleh tubuh.  (Seperti yang saya katakan tadi, itulah peranan makanan tambahan dan vitamin.  Pastikan semulajadi!!!)

Nak kira kalori yang anda perlukan sendiri?  Nak tahu BMI anda?  Klik sini!!!


Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan konsultansi percuma, hubungi saya: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

Sunday, December 11, 2011

Isotonic Drink Vs Performance Drink


Keistimewaan Performance Drink (Sport Drink)


Biasa dengar minuman isotonik?  Biasakan?  Senang dapatkan di mana-mana kedaikan?  Kalau kita bersukan, letih atau demam biasanya kita ambil satu jenama ni kan?  1** P*** atau R*****.  Ada juga para doktor sarankan kita ambil minuman isotonik ni semasa demam, tapi dengan syarat, buang gasnya dahulu?  Tapi tahukah kita, kenapa mesti buang gas tersebut.  Gas itu dihasilkan dari gula yang banyak.  Sebab itulah doktor suruh buangkan gasnya dahulu supaya kurang kandungan gulanya.  Beerti minuman isotonik ni sama je macam air berkarbonat lain.  Setuju kan?


Performance Drink Shaklee juga memberikan peranan yang hampir sama.  Tetapi, adakah 1** P*** atau R***** tu sama nilainya dengan Performance Drink?  Pasti tidak, yang dijual di kedai itu lebih murah.  Namun ternyata Performance Drink jauh lebih baik, kenapa?


Sebabnya:

  1. Performance Drink kurang gula (less sugar).
  2. Performance Drink bersifat isotonik iaitu mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita.  Jadi ia lebih mudah diserap untuk menaikkan kadar gula dalam darah ke peringkat sepatutnya, dengan segera – kurang penat.
  3. Performance Drink mengandungi sedikit natrium bagi mempercepatkan penyerapan cecair oleh tubuh – kurang haus.


Golongan yang sesuai mengambil Performance Drink:

  1. Mereka yang aktif bersukan.
  2. Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
  3. Mereka yang menghidap gout.Ibu yang menyusukan anak.
  4. Mereka yang kurang minum air.
  5. Mereka yang kerap sakit kepala.
  6. Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
  7. Kanak-kanak yang demam.
  8. Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat.

….dan banyak lagi.




Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan konsultansi percuma, hubungi saya: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

Saturday, November 26, 2011

Alfalfa - Raja Segala Makanan

Assalamu 'alaikum, & Salam Sejahtera buat semua,

Semoga kita masih dalam Rahmat Allah/Tohan Yang Maha Kuasa.

Topik kali ini tentang fungsi dan khasiat alfalfa. Kalau nak diikutkan alfalfa digelar "raja segala makanan". Sejak zaman purba India, Cina dan Sepanyol lagi ia telah menjadi ramuah herba tradisional. Orang-orang arab yang menggelarkannya Alfalfa yang bermaksud raja kepada segala makanan.



Kenapa?
  • Alfalfa adalah makanan paling lengkap, membekalkan 15 mineral, 10 vitamin gantian (fiber) & protein.
  • Antaranya vitaminnya ialah: Thiamin (B1), Ribofalvin (B2), Niasin (B3), Piridoksin (B6), Vitamin A, Vitamin D, Vitamin K, Vitamin E & asid pantotenik.
  • Mineralnya pula: Kalsium, Besi, Kuprum, Magnesium, Mangan & Zink
  • Daunnya pula adalah yang terkaya dengan sumber klorofil (bertindak sebagai penyahtoksik semulajadi dan deodoran semulajadi)
Fungsi
  • Membekalkan 8 enzim yang membantu penghadaman lemak karbohidrat dan protein.
  • Merupakan sumber mikronutrien yang paling kaya yang membuatkan sistem badan lebih lancar.
  • Membantu melawaskan usus.
  • Membantu mengurangkan sembab.
  • Membantu mencegah kelesuan.
  • Membantu masalah pencernaan.
  • Membantu mengatasi masalah kurang selera.
  • Membantu mengatasi masalah ulser.
  • Menyahtoksik dari dalam badan.
  • Membantu meningkatkan stamina.
  • Menolong melindungi sistem saraf pusat.
  • Menolong meningkatkan imuniti.
  • Membantu menghalang pertumbuhan tumor. (menghalang pembiakan kanser)
  • Membantu pengeluaran hormon.
  • Membantu penghasilan sperma.
  • Membantu membersihkan hati.
  • Membantu membakar lemak.
  • Membantu penyembuhan luka.

Selain itu, alfalfa telahpun terkenal bagi merawat 3A:
  1. Arthritis
  2. Athsma
  3. Alergi


Alfalfa juga dikatakan baik untuk penghidap penyakit:
  1. Kencing manis
  2. Darah Tinggi
  3. Jantung
  4. Usus
  5. Sembelit
  6. Stamina lelaki & seks.
Kenapa Alfalfa Shaklee?
  1. Ianya dari sumber terbaik. Hanya diambil dari daunnya sahaja.
  2. Tanpa bahan kimia (semulajadi kan!!!)
  3. Didatangkan dalam 2 variasi kuantiti: 330 biji dan 700 biji (juga boleh dapatkan dengan saya dalam kauntiti sekecil 60 biji)
  4. Khasiat lain - untuk rawatan masalah buah pinggang, pundi kencing dan prostat.

Lagi info tentang alfalfa - Klik sini.

Untuk pengetahuan anda, saya dah ambil Alfalfa Shaklee ini semenjak 2 tahun yang lalu. Saya sangat berpuas hati. Untuk wanita? Lebih bagus!!! Nak tahu? Hubungi saya segera!!!

Hubungi saya pada bila-bila masa: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Shaklee Online/Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

Tuesday, November 22, 2011

Vitamin C Lawan Kanser?


Ya!  Vitamin C boleh melawan kanser.  (Apapun, mencegah lebih baik dari merawat!!!)  Dengan syarat pengambilan Vitamin C ini mesti dalam kadar yang banyak.  Tetapi bukan semua jenis kanser.  Ianya mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dengan pengambilan 1000mg - 5000mg sehari.  Antaranya (mengikut hasil penyelidikan yang telah di buat):
  1. Kanser Oral Kaviti
  2. Kanser Esophagus (kerongkong)
  3. Kanser Digestive Tract (saluran penghadaman)
  4. Kanser Serviks
  5. Kanser Rectum (Usus besar yang berakhir di dubur)
  6. Kanser Payudara
  7. Kanser Paru-paru

JUGA jangka hayat yang lebih panjang (bukan kata makan vit c ni terus je jadi panjang hayat.  haiipppp jangan!!! Bagi yang islam tu kang tak pasal-pasal khurafat pulak...)  Yang penting usaha, cara hidup, cara makan, bila sihat dan dengan Kehendak Allah/Tuhan maka sihatlah kita, tidak ada penyakit kronik, maka secara tak langsung panjang lah umur...  Ha3..


Foto-foto kanser (ini hanya sebahagian dari contoh, ada lagi banyak foto-foto boleh di dapati di internet):


Kanser oral
Kanser oral


Kanser esophagus


















Kanser esophagus












Kanser digestive tract

Kanser digestive tract








Kanser servik


Kanser servik


















Kanser payudara
Kanser payudara
Kanser paru-paru
Kanser paru-paru
Saat mencari foto-foto ini, ngeri saya dibuatnya.  Na'u zu bILLAH!!!  Jadi, jom kita cegah sebelum terlewat.   Tak kisahlah apa pun cara, janji Halal dan semulajadi!!!  (Tapi kalau nak saya cadangkan, dah tentu saya cadangkan Shaklee sebab semulajadi dan saya telah 2 tahun setia dengannya!!!)


Hanya Allah Yang Maha Mengetahui Segala-galanya.  Harapan saya, kita semua sihat dengan lindungan Rahmat Allah/Tuhan!!! 


Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan konsultansi produk percuma, hubungi saya: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

Sunday, November 20, 2011

Diskaun Khas Cuti Sekolah


Assalamu 'alaikum,

Istimewa buat semua ibubapa yang ada anak-anak lelaki yang ingin dikhatankan. Malah bukan itu sahaja, juga buat anak-anak perempuan mahupun si kecil yang tersayang.

Sempena musim berkhatan ini, Vitamin Ibu Menyusu (VIM) secara eksklusif (tidak ditawarkan oleh mana-mana pengedar lain) menawarkan Set Berkhatan 1 (SKC1) dan Set Berkhatan (SKC2). Mengapa perlunya set ini bagi kanak-kanak yang berkhatan?
Sebab KC1 ini mengandungi, Vitamin C yang sedap serta boleh dikunyah, Vitalea juga sedap dan boleh dikunyah, Zinc dan Omegaguard. Manakala SKC2 seperti SKC1, tiada zinc tapi diganti dengan Mealshake yang super sedap rasa ala2 aiskrim vanila. Memang sedap, campur pula dengan susu segar ataupun susu tepung, wah!!!

Kenapa kanak-kanak berkhatan perlu:

Vitalea?
  1. Menampung kepada apa-apa pemakan yang kurang di dalam diet, (almaklum, kanak-kanak berkhatan ni kan kena berpantang macam ibu-ibu yang baru melahirkan juga)
  2. Meningkatkan pertahanan terhadap jangkitan. (bahagian yang dipotong itu mudah kena jangkitan, jika tidak betul di jaga)
  3. Membantu proses pertumbuhan dan keupayaan sel bagi reproduktif. (Yang telah dipotong tu pasti memerlukan pertumbuhan semula sel bagi mengembalikan kulit yang sihat tersebut.)
  4. Bertindak sebagai nutrien kepada sel-sel tubuh. (menjadi nutrien bagi keseluruhan tubuhnya.)

Vitamin C?
  1. Membina dan memperbaiki tisu-tisu sel (sebelum luka-luka itu pulih dan bertaup, sudah tentu, tisu-tisu itu memerlukan penggalak supaya cepat sembuh)
  2. Membentuk kolagen yang penting untuk menyambung struktur tisu. (macammana kita nak juga kolagen kita cantik, apatah lagi alat penting bagi lelaki itu)
  3. Memelihara saluran darah agar kekal sihat. (darah penting kan untuk semua fungsi anggota badan)
  4. Yang paling penting, sebagai KUASA PENYEMBUHAN.

Zinc?
  1. Penting untuk pengeluaran sel darah merah. (sekali lagi, darah penting untuk fungsi keseluruhan badan bukan?)
  2. Membantu kuasa penyembuhan luka. (Sama kes seperti orang yang dibedah, memerlukan zinc untuk penyembuhan luka dengan cepat.)
  3. Membantu perkembangan kesihatan kulit. (kulit di tut itu sangat sensitif dan halus)
  4. Membantu perkembangan sistem urat saraf. (saraf juga penting untuk tut itu).
  5. Membantu pemulihan sel.

Omegaguard?
  1. Membantu mencegah inflamasi/radang perut. (Bila dah berpantang makan dan minum, memang boleh terkena perut meragam/meradang)
  2. Meningkatkan kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak.
  3. Bagus untuk mereka yang mempunyai pelbagai alahan.

Mealshake?
  1. Kaya dengan protein, tidak mengandungi laktosa. Laktosa adalah gula tambahan. (kanak-kanak berpantang kan tak boleh nak makan ayam (sumber protein), biasanya ayam gorenglah yang menjadi kesukaan anak-anak, takpun ikan goreng).
  2. Membantu pertumbuhan kulit, organ, sel imunisasi, kuku, rambut, darah dan lain-lain.
  3. Anti oksida.
  4. Mengandungi Vitamin B lengkap untuk sel darah merah yang sihat.
  5. Kaya dengan fiber (baik untuk usus)
  6. Nutrisi lengkap dengan 24 vitamin dan mineral.
  7. Rasa yang sangat sedap!!! (Senanglah nak pujuk si kecil yang meragam kesakitan tu. He3.

Itulah antara khasiat-khasiat vitamin-vitamin dan minuman mealshake tersebut. Yang saya senaraikan di sini, hanya sebahagian sahaja. Apa? Ia!!! Beerti banyak lagi peranan dan fungsi lain vitamin-vitamin tersebut sesuai untuk semua peringkat umur. Saya hanya fokuskan kepada kepentingan kepada kanak-kanak, khususnya yang akan berkhatan.

Jadi, sempena cuti sekolah ini, saya menawarkan Pek Percubaan selama 40 hari untuk anak-anak lelaki kecil yang akan meningkat dewasa kelak.  Promosi ini sah sehingga tempoh terhad sahaja.

Set KC1

Set KC2

Harga biasa:

Set SKC1:  RM148.00
Set SKC2:  RM250.00

Harga tawaran:

Set SKC1: RM135.00 (termasuk kos pos)
Set SKC2: RM210.00 (termasuk kos pos)

Harga tawaran ini adalah bagi tempoh terhad sahaja.  Selagi stok masih ada.  (Set Berkhatan untuk dewasa juga disediakan.  Hubungi untuk maklumat lanjut.)


Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan konsultansi percuma, hubungi saya: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

Monday, October 31, 2011

Vivix Lambatkan Penuaan

VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi.  Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan daripada berlaku dengan pantas.


Revolusi Terbaru dari Shaklee


Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.  Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Fungsinya?
  • Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.
  • Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
  • Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix juga mendapat pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).




Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan.  Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit.  Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain.  Rasanya pula masam dan manis.


Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.”


Walaubagaimanapun, wanita hamil dan yang sedang menyusukan bayi serta kanak-kanak tidak boleh mengambilnya kerana ia mengubah DNA.


shaklee vivix
Petikan Majalan Aniqah



Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan konsultansi percuma, hubungi saya: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

Thursday, October 27, 2011

Nenek 61 Tahun Berhibur di Genting Highlands?

Assalamu 'alaikum,

Apa khabar semua?  Saya sihat, Syukur dengan Rahmat Tuhan!!!  Alhamdu Lillahi..

Nenek 61 tahun berhibur di Genting Highlands?  Iye.  Tidak ada yang dusta, inilah hakikatnya!!! Biar betu? Betul!!!.  Berhibur di Outdoor Theme Park lah... (bukan yang lain-lain tu ye?)

Lihat ni:
Inilah Puan Siti, umur dah 62 tahun, cucu ada 12 orang!!!  Masih lagi aktif, boleh berlari, melompat, iskh.. pendek kata memang bertenaga lah, memang cergas!!! 





Tak cukup itu sahaja, ada lagi aksi-aksinya yang lain tau!!!





Buaian yang mengecutkan perut itupun dicubanya!!!


Gembira betul pulak tu!!!












Ramai yang ternyata mengagumi tenaga, fizikal dan semangat Puan Siti ini.  Seringkali beliau ditanya,
"Kulit kau ni Ti, tak macam umur kau!!!  Kau tengok kulit akak ha... ",
"Ko ni ada pakai-pakai (susuk ke ayat2 awet muda) ke Ti? (ada kah patut?)",
"Tumit kau tak ada sakit-sakit ke Ti?",
"Lutut kau tak ada sakit-sakit ke Ti?"  
Iskh macam-macam lagi soalan lah!!!

Jawapan beliau, biasanya "Syukur, Alhamdu Lillahi, dengan kehendak Tuhan", "Saya amalkan cara hidup sihat, makan buah, sayur, kurma, kismis, makan rebus-rebus, goreng-goreng pun makan juga, hi3x...", "Ais?  Minum.. tak ada masalah..."

Tapi pasti ada yang tertanya-tanya,
"Ye ke ni?"  
"Iye, tapi saya ambil juga vitamin dari umur anak saya yang nombor tiga tu dalam perut, sampailah sekarang, dia pulak dah ada anak tiga!!!",
"Saya juga sangat-sangat jarang ambil ubat  preskripsi doktor, saya lebih suka ambil dari sumber semulajadi dan vitamin saya pun dari sumber semulajadi!"


Ha!!! Lihat ini pula, siap melompat-lompat lagi.  Dengan cuaca sejuk, boleh lagi nak lompat-lompat!!! Hi3... Saya tabik spring!!!








Seronok tengok kan?  Bukan semua orang lama boleh buat macam ini!!!  Dengan mood yang turut muda!!! 

Puan Siti memang seorang pengamal Vitamin Semulajadi sejak dari tahun lewat 70an lagi.  Tapi bukanlah setiap hari, ada juga masa-masa yang terlepas, tak sempat, tak teringat, tak cukup budget.. hi3... tapi katanya, kesihatan tetap nombor 1!!!



Saya nak jadi macam Puan Siti, kalau orang jumpa dia, pasti ingat baru 50an atau awal 50 an atau lewat 40an.  Tapi bukanlah maksud saya, saya nak melawan arus takdir, tak mahu tua, nak muda sentiasa.  Apa yang saya nak kesihatan yang berkekalan selagi Allah berkehendakan.  Betul tak?  Hi3... Saya tahu ada yang tersenyum, ada yang terbeliak biji mata, ada juga yang kurang senang... malah ada yang kagum kan?  

Hi3.. Apapun saya tak marah, saya sekadar berkongsi kegembiraan anak-anak Puan Siti termasuklah saya.  Hi3... Saya gembira kerana mak saya sihat dan bertenaga.  Alhamdu Lillahi, penyakit yang biasa dihidapi oleh rakan-rakan seusianya tidak singgah kepadanya.
  
Apa yang penting?  Kerjasama!!! eh.. salah2, terbawa-bawa pula Wonderpets... ha!!! Lagi sekali, apa yang penting?  USAHA untuk mengekalkan kesihatan di tahap optimum mahupun maksimum!!!

Psst!!!  Belum terlewat lagi sekiranya anda telah mencecah 50an, malas nak ambil macam-macam vitamin baik kapsul, tablet dan lain-lain.   Dengan Shaklee Vivix - tak perlu dah, cuma ambil sesudu teh setiap hari.  (Rumusannya merangkumi semua!!!).  Rasa?  Sedap!!!, Masam-masam Manis (kata Puan Siti).








Apa lagi, boleh hubungi saya untuk harga istimewa!!!
Boleh call saya - 0162972050 atau 
pm via fb: Citra Sutera atau 
emel: suteracitra@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...